Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Lembah Jaya di pekarangan Dewan Orang Ramai Taman Ampang Indah, Ampang Jaya pada 19 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Jualan murah diteruskan ke Dengkil, Jeram, Sungai Air Tawar esok

SHAH ALAM, 4 OKT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menjual pelbagai barangan asas seperti beras dan telur pada harga murah diteruskan ke tiga lagi lokasi esok bermula jam 10 pagi.

Jualan itu akan diadakan di Dewan Orang Ramai Labohan Dagang (Dengkil), Balai MPKK Bukit Kerayong 1 (Jeram) dan Pusat Khidmat Masyarakat (Sungai Air Tawar).

Selangor membelanjakan subsidi RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih lima juta rakyat.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini JER di seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau imbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :