Orang ramai membeli barang keperluan asas yang dijual murah pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Balakong di Balairaya Taman Cheras Utama, Kajang pada 3 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah diteruskan ke Kota Anggerik, Pandan Indah, Teratai esok

SHAH ALAM, 7 OKT: Jualan Ehsan Rahmah (JER)  yang menjual pelbagai barangan asas seperti beras dan telur pada harga murah diteruskan ke tiga lagi lokasi esok.

Program mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari dijadual berlangsung di Padang Perbandaran MPAJ (Pandan Indah), Blok 8, Jalan Rajawali 6/6 Seksyen 6 (Kota Anggerik) dan Restoran Thoulat Maju Cheras Hartamas (Teratai).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

PKPS menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :