AGENSISELANGOR

Kempen auto debit tawar syiling emas buat pembayar zakat bertuah

SHAH ALAM, 17 OKT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan kempen auto debit bersama Maybank Islamic Bhd (Maybank Islamic) bagi memudahkan urusan bayaran zakat secara konsisten.

Kempen bermula 1 hingga 31 Oktober ini turut menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa syiling emas seberat tiga gram serta 40 baucar beli-belah bernilai RM50.

Berikut tiga langkah mudah untuk menyertai kempen tersebut:

1. Log masuk ke Aplikasi MAE & klik ‘Apply’
2. Skrol ke kiri & klik ‘Services’
3. Klik pada Permohonan Auto Debit dan ikuti arahan seterusnya

Bulan lalu, Maybank Islamic dan LZS memeterai perjanjian kerjasama bagi memastikan kelancaran pelanggan membayar zakat selain memperkasa impak sosial menerusi sumbangan masing-masing.

Perjanjian itu menyaksikan pelantikan Maybank Islamic sebagai bank operasi utama bagi LZS, sekali gus dapat meningkatkan lagi usaha pembasmian kemiskinan.


Pengarang :