Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) giat melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat pada 10 Oktober 2023. Foto Air Selangor
AGENDANASIONAL

Kerja senggara aset LRA Sungai Langat capai 72 peratus, jangka siap 7 malam

SHAH ALAM, 10 OKT: Kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat yang mencapai 72 peratus setakat jam 3 petang tadi

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kerja-kerja pembaikan sejak 9 pagi tadi dilaksanakan mengikut jadual dan dijangka siap 7 malam ini.

“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan dan dijangka pulih sepenuhnya di semua kawasan terjejas pada Khamis jam 12 tengah hari.

“Air Selangor terus menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian,” katanya dalam kenyataan.

Maklumat berhubung gangguan bekalan air boleh dicapai menerusi aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor atau saluran komunikasi rasmi waterupdates.airselangor.com

Terdahulu, Air Selangor memaklumkan berlaku gangguan bekalan air berjadual di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat susulan pelaksanaan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di LRA Sungai Langat pada hari ini.


Pengarang :