ADN Meru Mariam Abdul Rashid (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat khas bersama Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Majlis Perbandaran Klang dan pengurusan kilang Top Glove. Foto Facebook Mariam Abdul Rashid
ADNSELANGOR

Kes denggi di asrama pekerja, ADN Meru ambil langkah pencegahan

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 17 OKT: Ahli Dewan Undangan (ADN) Meru mengambil langkah pencegahan selepas 115 kes denggi dikesan di kawasan itu yang kebanyakannya melibatkan pekerja kilang Top Glove.

Mariam Abdul Rashid berkata peningkatan mendadak jangkitan mendorong satu mesyuarat khas dijalankan dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi mengekang penularan.

“Kami melancarkan Operasi Cegah Denggi di beberapa kawasan bagi mengesan punca jangkitan selain menghapuskan jentik dan semburan racun serangga,” katanya.

Antara kawasan yang diberi tumpuan setakat ini adalah Asrama Perempuan Top Glove, Jalan Abadi 1B dan 10C, Jalan Beruas 2B dan 2C di Taman Daya Maju.

Operasi turut dijalankan di PGA New Hostel dan Jalan Korporat 7C di Taman Perindustrian Meru Indah selain Jalan Jambu Batu 26/KU10, Taman Meru Ria.

Terdahulu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 70 lokaliti tumpuan denggi yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-40 (ME40) iaitu bagi tempoh 1 hingga 7 Oktober ini termasukl 52 lokaliti di Selangor.


Pengarang :