EXCOSELANGOR

Kes denggi meningkat, masyarakat diseru cakna kebersihan sekitar rumah

SHAH ALAM, 4 OKT: Selangor merekodkan 43,994 kes demam denggi sehingga minggu epidemiologi ke-39 yang berakhir pada 30 September lalu.

EXCO kesihatan awam berkata angka itu meningkat 67.1 peratus berbanding minggu sama tahun lalu yang mencatatkan 26,335 kes.

Menurut Jamaliah Jamaluddin, sebanyak 10 kes kematian dilaporkan dalam tempoh ini berbanding lima lima kematian pada tempoh sama tahun lalu.

“Kerajaan Negeri mengambil sikap proaktif menangani isu peningkatan kes demam denggi dengan memperhebat pelbagai kempen termasuk mengadakan aktiviti gotong-royong mega perangi aedes baru-baru ini.

“Bagaimanapun, kita menyeru masyarakat untuk bersama mengambil berat kerana seperti kita sedia maklum Selangor antara negeri tertinggi merekodkan kes demam denggi,” katanya kepada Selangorkini.

Jamaliah menggesa semua pihak mengambil serius isu peningkatan kes denggi dan meluangkan masa 10 minit untuk memusnahkan tempat pembiakan aedes.


Pengarang :