Klang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi 20 Oktober 2023 dengan bacaan 156. Foto laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia
AGENDANASIONAL

Klang catat IPU tidak sihat takat 9 pagi

SHAH ALAM, 20 OKT: Klang satu-satunya kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini dengan bacaan 156.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), 48 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51-100) manakala 19 kawasan lagi mencatatkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk pautan https://apims.doe.gov.my/home.html untuk mengetahui IPU terkini.

Mei lalu, pihak berkuasa cuaca dan iklim memberi amaran jerebu lebih serius di rantau selatan Asean antara Jun dan Oktober tahun ini berikutan kemarau lebih teruk dan berpanjangan daripada biasa.


Pengarang :