Orang ramai berbelanja pada program Sayur Segar KoHijrah Jualan Rakyat di Laman Niaga Usahawan KoHijrah Seksyen 15 Shah Alam pada 11 September 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

KoHijrah gerak tiga trak jual barangan asas pada harga murah

SHAH ALAM, 6 OKT: Koperasi Warga Hijrah (KoHijrah) menggerakkan tiga trak membawa barangan keperluan asas pada harga murah mulai minggu ini, kata pengurus besarnya.

Mohammad Syukri Ismail berkata untuk permulaan dua trak membawa sayur, beras dan tepung digerakkan ke lokasi berbeza di Kota Kemuning dan Seksyen 15 hari ini.

“Kita bawah lebih 120 unit simpanan barang (SKU) dan harga barangan berbeza dari pasaran luar serta sayur-sayuran juga segar dengan harga antara RM1 hingga RM5.

“Untuk hujung minggu ini, trak membawa barangan keperluan asas akan berada di Wisma KoHijrah di Seksyen 32 bermula jam 7 hingga 10 pagi,” katanya kepada Selangorkini.

KoHijrah adalah sebuah koperasi yang diwujudkan bagi meningkatkan kedudukan sosioekonomi peserta HIJRAH yang menjadi ahlinya.

Projek dijalankan antaranya Tabung Kebajikan Hijrah Selangor, sewaan padang, Ladang Alam Warisan, Kendera Saji, mesin layan diri, penjualan lembu korban, pelaburan getah beku dan MyTani.

 


Pengarang :