Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan delegasi Selangor bergambar bersama peserta Konvensyen Mahasiswa Timur Tengah 2023 di Amman, Jordan pada 10 Oktober 2023. Foto X Amirudin Shari
AGENDANASIONAL

Konvensyen Mahasiswa Timur Tengah himpun lebih 300 anak Selangor

SHAH ALAM, 11 OKT: Konvensyen Mahasiswa Selangor Timur Tengah edisi ketiga di Amman, Jordan menghimpunkan lebih 300 anak Selangor yang menuntut di Timur Tengah.

Dato’ Menteri Besar berkata pihaknya menerima lebih 24 kertas cadangan daripada pembentang sepanjang konvensyen yang berlangsung semalam.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan cadangan itu meliputi aspek pembangunan, kebajikan, kerohanian dan pentadbiran.

“Konvensyen in mengumpulkan mahasiswa dan mahasiswi anak Selangor di Timur Tengah bagi berbincang dan mendengar pembentangan daripada mereka,” tulisnya di X.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama peserta Konvensyen Mahasiswa Timur Tengah 2023 di Amman, Jordan pada 10 Oktober 2023. Foto X Amirudin Shari

Dalam konvensyen itu, beliau turut menggariskan cabaran yang harus ditangani pendidik, guru, daie dan pengajar di Malaysia serta dunia pada masa kini.

“Saya juga menghimpunkan beberapa pergerakan zaman khususnya daripada konteks komunikasi media,” katanya menerusi video.

Selain merasmikan konvensyen itu, Amirudin yang memulakan lawatan sejak Ahad turut menyertai bual bicara Mahasiswa Selangor selain melawat penempatan pelajar.

Beliau juga mengadakan pertemuan bersama penasihat utama Raja Abdullah, Putera Ghazi Muhammad dan menghadiri majlis ramah mesra bersama diaspora Malaysia di Jordan.


Pengarang :