Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan dapur pada harga murah sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Jalan Balai Raya, Kampung Bukit Cherakah, Kuala Selangor pada 2 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kuala Kubu Bharu antara tiga lokasi jualan barangan asas murah esok

SHAH ALAM, 8 OKT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menjual pelbagai barangan asas seperti beras dan telur pada harga murah diteruskan ke tiga lagi lokasi esok.

Program mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari dijadual berlangsung Gelanggang Bola Keranjang Klang Utama (Bandar Baru Klang), Surau Nurul Iman, Tali Air 8, Sungai Leman (Sekinchan) dan Balai Penghulu Mukim Kerling (Kuala Kubu Bharu)

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

PKPS menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :