Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kelihatan kabur ekoran jerebu ketika tinjauan di sekitar Shah Alam pada 20 September 2019. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kualiti udara di Shah Alam, PJ tidak sihat setakat 10 pagi

SHAH ALAM, 9 OKT: Kualiti udara di lima kawasan di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 140 setakat 10 pagi ini.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia, bacaan IPU di Banting (156), Klang (155), Petaling Jaya (143) manakala Shah Alam dan Johan Setia masing-masing 153.

Turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Cheras (157) dan Bukit Rambai, Melaka (153).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web https://apims.doe.gov.my/home.html untuk mengetahui IPU terkini.

Mei lalu, pihak berkuasa cuaca dan iklim memberi amaran jerebu lebih serius di rantau selatan Asean antara Jun dan Oktober tahun ini berikutan kemarau teruk dan berpanjangan daripada biasa.

 


Pengarang :