Anggota bomba memadamkan kebakaran bas yang terbakar di Jalan Tandang, Petaling Jaya pada 1 Oktober 2023. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor
AGENDAJENAYAH

Lapan penumpang bas cemas, kenderaan dinaiki terbakar

PETALING JAYA, 1 OKT: Lapan penumpang Bas RapidKL berdepan detik cemas apabila bas dinaiki terbakar di Jalan Tandang di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.17 pagi sebelum sepasukan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala ke lokasi kejadian.

Sementara itu, Komander Operasi BBP Jalan Penchala Samsul Ismail berkata ketika bomba tiba, pemandu bas telah memberhentikan kenderaan itu dan mengarahkan semua penumpang keluar sebelum api semakin marak.

Anggota bomba memadamkan kebakaran bas yang terbakar di Jalan Tandang, Petaling Jaya pada 1 Oktober 2023. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor

“Menurut penumpang, mereka terlihat ada percikan api di bahagian enjin bas yang terletak di belakang kenderaan terbabit dan seterusnya memaklumkan kepada pemandu bas itu.

“Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memadamkan kebakaran. Bas itu terbakar 90 peratus, namun semua mangsa tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Tinjauan di lokasi mendapati pihak polis, pasukan RapidKL Rescue dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad sedang menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap bas berkenaan.

– BERNAMA


Pengarang :