GAZA, 9 OKTOBER: Angka kematian akibat serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 413 orang manakala 2,300 lagi cedera, kata Kementerian Kesihatan Palestin pada Ahad.
Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan antara yang terbunuh termasuk 78 kanak-kanak dan 41 wanita akibat pengeboman pesawat tempur Israel ke atas beberapa rumah di kawasan berbeza di Semenanjung Gaza.
Dua serangan udara Israel di bandar Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza dan di bandar Beit Hanoun di utara juga meragut nyawa bayi, wanita, dan warga emas, tambahnya.
-BERNAMA-WAFA