Mangsa banjir di Kedah menurun kepada 114 orang pada 1 Oktober 2023. Foto APM Negeri Kedah
AGENDANASIONAL

Mangsa banjir di Kedah menurun kepada 114 orang, dua PPS masih beroperasi

ALOR SETAR, 1 OKT: Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 114 orang daripada 36 keluarga malam ini berbanding 408 orang daripada 136 keluarga, pagi tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata setakat 8 malam, hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Kota Setar.

“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman menempatkan 101 orang daripada 33 keluarga manakala 13 orang daripada tiga keluarga berlindung di PPS SK Seri Gunung,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah yang dibuka pada Khamis lepas telah ditutup 6 petang tadi selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah.

– BERNAMA


Pengarang :