Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bermesra dengan kanak-kanak pada sambutan Maulidur Rasul peringkat MPKK di Kampung Sungai Tua, Gombak pada 21 Oktober 2023. Foto Facebook Amirudin Shari
BERITA UTAMASELANGOR

MB hadiri sambutan Maulidur Rasul di Kampung Sungai Tua

SHAH ALAM, 24 OKT: Dato’ Menteri Besar menghadiri sambutan Maulidur Rasul peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Kampung Sungai Tua, Gombak, Sabtu lalu.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata beliau gembira dan bersyukur dapat bertemu dengan rakan-rakan di kampung berkenaan selain mengharapkan kesihatan dan kesejahteraan mereka.

“Liku liku perjalanan hidup Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah Islam ke seluruh alam sentiasa menjadi pedoman buat kita semua.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan pada sambutan Maulidur Rasul peringkat MPKK di Kampung Sungai Tua, Gombak pada 21 Oktober 2023. Foto Facebook Amirudin Shari

“Ukhuwah dan silaturahim sesama umat Islam yang sentiasa menjadi tali agar kekuatan Islam dapat terus diperkemaskan,” tulisnya di Facebook.

Amirudin yang juga ahli parlimen Gombak merupakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Tua.

Maulidur Rasul adalah hari keputeraan Nabi Muhammad SAW yang disambut pada 12 Rabiulawal tahun hijrah.


Pengarang :