Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS) Prof Madya Dato’ Dr Farid Ravi Abdullah ketika ditemu bual Media Selangor di Jordan pada 9 Oktober 2023. Foto tangkap layar video Media Selangor
AGENDANASIONAL

MB kongsi kepakaran dengan mahasiswa Selangor di Jordan

SHAH ALAM, 9 OKT: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkongsi kepakaran mentadbir negeri dalam program bersama mahasiswa Selangor pada Konvensyen Mahasiswa Selangor Timur Tengah 2023 (KOMSEL23) di Jordan.

Naib canselor Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS) berkata seramai lebih 100 pelajar mahasiswa Selangor dari Mesir, Jordan dan Maghribi terlibat dalam program yang berlangsung mulai hari ini hingga Khamis ini.

Menurut Prof Madya Dato’ Dr Farid Ravi Abdullah, konvensyen kali ini akan mempertemukan pemimpin negeri dengan mahasiswa di Timur Tengah selain pembentangan kertas kerja oleh 22 mahasiswa.

“Ada forum, sesi town hall bersama menteri besar. Mahasiswa akan diberi peluang untuk bertanya dan memberi pandangan kepada pemimpin tertinggi negeri.

“(Juga) ada sesi townhall dan ucaptama Mufti Selangor Dato’ Dr Anhar Opir dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Jaringan Komuniti dan Industri) UIS Prof Madya Dr Mokmin Basri,” katanya kepada Media Selangor.

KOMSEL23 dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan dirasmikan Dato’ Menteri Besar yang bertujuan memperkasa institusi pendidikan tinggi di Timur Tengah.

Program itu juga menjadi mekanisme perkongsian maklumat, pengalaman dan idea dalam kalangan anak Selangor yang menuntut di Maghribi, Jordan dan Mesir.


Pengarang :