Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan hadiah kepada pemenang inovasi ketika Majlis Apresiasi Inovasi Negeri Selangor pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) pada 22 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Selangor manfaat teknologi tempatan, pupuk budaya inovasi, pacu ekonomi negeri

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Kerajaan Selangor memanfaatkan inovasi tempatan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap teknologi dan produk luar negara.

Dato’ Menteri Besar berkata pendekatan itu meletakkan Selangor sebagai hab inovasi di rantau ini sekali gus menarik pelaburan yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi negeri.

“Produk (inovasi) dari luar negara mudah terganggu dalam rantaian bekalan. Jadi kita manfaatkan inovasi tempatan untuk meningkatkan daya tahan dan keselamatan ekonomi.

“Apabila kita melabur dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi secara dalaman, secara tidak langsung dapat menyediakan peluang pekerjaan berkepakaran tinggi untuk rakyat Malaysia,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) meyaksikan petukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Pejabat Setiausaha Kerjaan Negeri Selangor dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) ketika Majlis Apresiasi Inovasi Negeri Selangor pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) pada 22 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Beliau berucap pada Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (SRIE) sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Amirudin menambah pembangunan teknologi tempatan juga dapat memupuk budaya inovasi dan keusahawanan seterusnya mengekalkan bakat bijak pandai untuk terus menabur bakti di Selangor.

“Dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1), kita akan menjumpai banyak kata kunci ‘R&D’ dan ‘inovasi’. Ini menandakan peri pentingnya pembangunan teknologi tempatan.

“Ini menunjukkan komitmen penuh Kerajaan Selangor dalam pembangunan perniagaan tempatan berteknologi tinggi,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Apresiasi Inovasi Negeri Selangor pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) pada 22 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :