Petugas Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) melaksanakan kerja menurap di Jalan Persiaran Elmina 1/1, Kuala Selangor pada 11 Jun 2023. Foto Twitter Infrasel
PBTSELANGOR

MBPJ tidak kenakan caj turapan jalan dibuat kontraktor lantikan

SHAH ALAM, 4 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pemilik rumah bagi kerja penurapan di laluan keluar masuk kediaman oleh pihak kontraktor lantikan.

Maklum MBPJ, pihaknya menerima aduan berhubung kontraktor luar meminta bayaran daripada penduduk dan menjelaskan akan mengeluarkan notis makluman sekiranya penurapan dijalankan di sesebuah kawasan.

“Justeru, tuan/puan adalah dinasihatkan supaya tidak memberi sebarang bayaran kepada sesiapa yang mengambil kesempatan menawarkan perkhidmatan seperti menurap jalan masuk di hadapan rumah.

“Untuk makluman jalan masuk ke rumah akan diturap secara percuma oleh MBPJ,” katanya menerusi kenyataan.

Orang awam juga dinasihat membuat laporan sekiranya ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama MBPJ atau meminta sebarang bayaran bagi kerja turapan jalan.

Penduduk boleh melaporkan terus aduan kepada polis atau Unit Aduan MBPJ menerusi talian aduan 03-7954 2020 atau e-mel kepada [email protected] untuk tindakan selanjutnya.


Pengarang :