PBTSELANGOR

MBSA anjur kejohanan liga penalti, wang tunai RM2,000 menanti juara

SHAH ALAM, 13 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Kejohanan Liga Penalti Piala Datuk Bandar Shah Alam mulai 8 pagi esok.

Bertempat di Padang Bola Sepak Central Park, kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai RM2,000 untuk pasukan juara, RM1,000 (naib juara) dan RM500 (ketiga).

Kejohanan berlangsung dalam liga format melalui lima sepakan sahaja buat setiap pasukan dengan yuran penyertaan RM100.

Pertandingan terhada kepada 100 pasukan terawal dan pendaftaran boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR pada poster tertera di bawah.


Pengarang :