BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSA tawar bayaran kompaun parkir RM10 sepanjang Oktober

SHAH ALAM, 2 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan pengurangan kompaun parkir sepanjang Oktober ini sempena sambutan ulang tahun bandar raya ke-23.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan bayaran serendah RM10 dikenakan bagi kesalahan Kompaun Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MBSA 2007.

“Selain itu, sebanyak 75 peratus pengurangan turut ditawarkan kepada kompaun terpilih. Ayuh rebut peluang ini menjelaskan kompuan tertunggak,” jelasnya di Facebook.

Sementara itu, MBSA turut memaklumkan pelbagai program menarik disediakan sepanjang Oktober ini sempena ulang tahun bertemakan Bandar Raya Shah Alam 23 Tahun Mampan, Pintar dan Berdaya Huni.

Berdasarkan perkongsian poster, antara aktiviti menarik ialah Festival Altruisme 3.0; Bicara Ilmu Shah Alam Berselawat; Kejohanan Catur Shah Alam dan Konvoi Jelajah MPP.

Turut dianjurkan Shah Alam City Exciting Race; Pesta Buku dan Pameran Anggerik Shah Alam, pertandingan memancing dan kayak.

Selain MBSA, dua lagi pihak berkuasa tempatan di Selangor berstatus bandar raya ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).


Pengarang :