Orang ramai menggunakan Pintasan Saloma, jambatan yang menghubungkan Menara Berkembar Petronas dan Kampung Baru di Kuala Lumpur ketika tinjauan pada 19 Februari 2020. Foto REUTERS
AGENDANASIONAL

Migrasi penduduk luar bandar ke bandar catat penurunan pada 2022

SHAH ALAM, 25 OKT: Data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar menurun pada 2022, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Datuk Rubiah Wang berkata sebanyak 3.2 peratus jumlah rakyat yang berhijrah ke bandar direkodkan pada 2020, manakala hanya 2.4 peratus.

“Pelaksanaan program-program kementerian dilihat memberi impak positif sehingga menunjukkan trend aliran migrasi melibatkan luar bandar ke bandar semakin berkurang,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Manndzri Nasib (BN-Tenggara) ketika sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Rubiah menjelaskan, kementerian sentiasa memberi penekanan meningkatkan kesejahteraan penduduk luar bandar dalam pelbagai aspek seperti prasarana, ekonomi, sosial dan persekitaran.

Menurut Ahli Parlimen Kota Samarahan, inisiatif itu bagi mengubah kehidupan luar bandar menjadi lebih baik dan secara tidak langsung mengurangkan penghijrahan golongan belia.

“Antara yang dilaksana adalah pelaksanaan program ekonomi dan keusahawanan, peluang kemahiran, meningkatkan sektor pertanian dan penternakan serta melengkapkan prasana,” katanya.


Pengarang :