Majlis Perbandaran Klang menjalankan operasi penguatkuasaan di Jalan Pasar Baru, Meru pada 16 Oktober 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang
PBTSELANGOR

MPK sita dua pasar mini dikendali warga asing di Meru

SHAH ALAM, 17 OKT: Dua premis yang dikendalikan warga asing di Meru disita Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam operasi penguatkuasaan semalam.

Menurut pihak berkuasa tempatan (PBT) itu kedua-dua pasar mini terbabit didapati tidak memiliki lesen perniagaan serta pengiklanan yang sah.

“Operasi dijalankan terhadap enam premis di Jalan Pasar Baru, Meru dan dua premis pasar mini yang menjalankan aktiviti menjual barang basah dan sejuk beku disita,” menurut MPK di Facebook.

Agensi itu memaklumkan tindakan diambil mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MPK 2007.

“Semua barang sitaan dihantar ke stor jabatan penguatkuasa untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Kelmarin MPK menggempur dan menyita 12 gerai warga asing dalam operasi berasingan di Pandamaran, Bukit Tinggi dan Meru.

Menurut MPK, warga asing berkenaan didapati menjaja makanan, sayur-sayuran, buah-buahan dan rokok.

Majlis Perbandaran Klang menjalankan operasi penguatkuasaan aduan pasar malam dan penjaja di Meru, Klang pada 15 Oktober 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang

 


Pengarang :