Salah sebuah premis yang disita penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang pada 29 Oktober 2023. Foto Facebook MPK
PBTSELANGOR

MPK sita sembilan premis perniagaan warga asing, operasi tanpa lesen

SHAH ALAM, 3 OKT: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyita sembilan premis perniagaan tanpa lesen yang dijalankan warga asing di Pangsapuri Golden Villa, Taman Sentosa, Klang.

Pengarah Komunikasi Korporatnya Norfiza Mahfiz berkata hasil pemeriksaan Jumaat lalu pihaknya mendapati operasi berkenaan dijalankan oleh warga Bangladesh, Pakistan dan Rohingya.

Menurut beliau hasil pemeriksaan mendapati 10 premis menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan iaitu kedai makan, kedai runcit, nombor ramalan, kedai gunting rambut dan kedai jahit pakaian.

“Sembilan perniagaan beroperasi tanpa lesen manakala sebuah premis sahaja mempunyai lesen 2023 daripada pihak berkuasa melesen. Justeru, MPK mengeluarkan lapan tindakan sitaan, dua kompaun dan dua notis memberhentikan aktiviti perniagaan serta-merta,” katanya.

Norfiza menjelaskan semua tindakan dilakukan mengikut Undang-Undang Kecil MPK.

“MPK tidak akan berkompromi mengeluarkan lesen kepada bukan warganegara untuk berniaga termasuk operasi di kawasan tumpuan warga asing itu juga akan diperhebatkan dari semasa ke semasa,” katanya.


Pengarang :