EXCO Industri Halal Dr Mohammad Fahmi Ngah (empat, kiri) ketika meninjau reruai Halal International Selangor sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Negeri kenal pasti kelompok usahawan kecil berpotensi, bantu teroka pasaran luar

KUALA LUMPUR, 19 OKT: Kerajaan Negeri sedang mengenal pasti produk usahawan kecil tempatan yang mempunyai potensi untuk dikembangkan ke luar negara.

EXCO Industri Halal Dr Fahmi Ngah berkata Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 yang sedang berlangsung ketika ini adalah peluang untuk mereka mengetengahkan produk ke peringkat lebih tinggi.

EXCO Industri Halal Dr Mohammad Fahmi Ngah ketika Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Di SIBS, kita mahu mencari pengusaha berpotensi dan bantu mengetengahkan produk mereka ke peringkat lebih tinggi. Sebagai contoh, ada peniaga asnaf yang mempunyai produk menarik. Sama ada yang belum ada sijil halal atau tidak, kita akan bantu

“Kita akan pilih 10 hingga 20 usahawan dan bawa ke beberapa program seperti Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac), persidangan halal Pulau Pinang atau Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) tahun depan,” katanya.

Beliau ditemui ketika meninjau Pavilion Halal Selangor sempena SIBS 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

SIBS 2023 yang membuka tirai hari ini sehingga Ahad menyediakan hampir 1,050 reruai dengan jangkaan 50,000 pengunjung termasuk pelawat dari luar negara.

Dianjurkan sejak 2015, sidang itu membuka potensi penerokaan bidang baharu termasuk inovasi dan teknologi selain menjamin masa depan generasi muda.

Orang ramai mengunjungi reruai Halal International Selangor pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :