EXCO Kebajikan Anfaal Saari menyampaikan hadiah utama persembahan kostum animasi terbaik kepada adik Mohammad Syer Aziz Hakim Mohammad Arif ketika Sambutan Hari Cerebral Palsy (CP) Sedunia 2023 anjuran Gabungan Anak-anak Palsi Serebrum (GAPS) di The Barn, Tamarind Square, Cyberjaya, Sepang pada 7 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Negeri peruntuk RM4 juta laksana program bantuan anak istimewa

CYBERJAYA, 7 OKT: Kerajaan Negeri membelanjakan sejumlah RM4 juta untuk melaksanakan program bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS), kata EXCO kebajikan masyarakat.

Anfaal Saari berkata bantuan meliputi keperluan alatan seperti kerusi roda, bantuan alat pernafasan dan khidmat fisioterapi buat anak istimewa bagi meringankan beban ibu bapa.

“Seramai 250 anak istimewa menerima manfaat, 33 guru mengajar di Pusat intervensi ANIS juga terima manfaat diberi gaji dan latihan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Cerebral Palsy Sedunia 2023 di Tamarind Square, di sini hari ini.

Tambah Anfaal, Kerajaan Negeri juga berhasrat memperluaskan pembinaan Pusat intervensi ANIS ke seluruh negeri.

“Negeri turut bercadang jalin kerjasama dengan Universiti Selangor (Unisel) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) untuk menggunakan premis mereka sebagai pusat intervensi,” katanya.


Pengarang :