EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah melihat senapang kayu yang dipamerkan di Muzium Permainan Tradisional Kuala Selangor pada 14 Februari 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Negeri tiada hasrat kenakan caj lawat bangunan bersejarah

SHAH ALAM, 8 OKT: Selangor tidak berhasrat mengenakan bayaran kepada pengunjung yang melawat bangunan bersejarah yang diwartakan Kerajaan Negeri, maklum EXCO kebudayaan.

Borhan Aman Shah berkata hanya Muzium Permainan Tradisional di Kuala Selangor dikenakan caj RM3 seorang mulai Jun lalu berikutan kos selenggara dan alatan yang tinggi, lapor Sinar Harian.

“Selepas ini, kita tidak berniat untuk mengutip caj di bangunan bersejarah lain yang telah diwartakan melainkan hanya di Muzium Permainan Tradisional (Bukit Melawati),” jelasnya.

Beliau berkata antara bangunan warisan yang diwarta ialah Gedung Raja Abdullah, Klang dan Istana Bandar, Banting sementara Hospital Kusta dan warisan Kapal Korek di Dengkil dalam perancangan.

Dalam pada itu, Borhan berkata, Selangor bersedia menjadi hab untuk penggiat seni tempatan menyerlahkan identiti dan keperibadian budaya setara nilai sumbangan bidang lain.

“Selangor berlapang dada untuk menjadikan negeri ini sebagai hab budaya supaya kita dapat memberikan impak besar bukan sahaja untuk ekonomi negeri tetapi untuk negara,” katanya.


Pengarang :