AGENSISELANGOR

Orang ramai dipelawa meriahkan sambutan Hari Sukan Negara peringkat negeri esok

SHAH ALAM, 13 OKT: Orang ramai dijemput memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara peringkat negeri di The Arc@Rimbayu, Banting mulai jam 7 pagi hingga 5 petang, esok.

Jabatan Belia dan Sukan negeri menerusi Facebook memaklumkan pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pelbagai peringkat umur termasuk golongan kelainan upaya (OKU) seperti larian 5 km dan 10 km, aerobik, cabaran basikal tolak kanak-kanak dan sukan tradisional.

Aktiviti lain seperti pertandingan memanah, bola sepak tujuh sebelah, bola jaring tiga lawan tiga, explorace serta program kecergasan wanita warga emas.


Pengarang :