Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Batu Tiga di Pangsapuri Seri Kayan pada 15 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Orang ramai mahu jualan murah diteruskan, bantu ringan belanja dapur

SHAH ALAM, 15 OKT: Orang ramai terutama golongan berpendapatan rendah berharap Jualan Ehsan Rakyat (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan.

Warga emas Sahnah Mad Darus,64, berkata langkah itu dapat meringankan kos belanja penduduk memandangkan ketika ini negara berdepan isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

“Harga JER murah berbanding dekat luar. Tak mahal macam di pasar. Kualiti baik. Hari ini mak cik beli bekalan untuk seminggu, dapat jimat banyak.

Sahnah Mad Derus, 63, ditemui dalam program Jualan Ehsan Rahmah DUN Batu Tiga di Pangsapuri Seri Kayan, Subang Jaya pada 15 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Kalau boleh nak minta JER buat di kawasan perumahan. Senang penduduk pergi terutama warga emas. Hari ini turun bawah terus boleh beli. Mudahkan penduduk,” katanya ditemui di JER Pangsapuri Seri Kayan, di sini hari ini.

Sementara itu pekerja swasta Safwan Jufri,30, berkata dia dan isteri sering membeli keperluan dapur di JER kerana produk berkualiti namun dijual pada harga murah.

“Selalu isteri pantau media sosial untuk tahu lokasi jualan. Kalau dekat, kami tak lepaskan peluang kerana dapat jimatkan belanja dapur,” katanya.

Safwan Jufri, 30, ditemui dalam program Jualan Ehsan Rahmah DUN Batu Tiga di Pangsapuri Seri Kayan, Subang Jaya pada 15 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Dikendalikan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

PKPS menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Batu Tiga di Pangsapuri Seri Kayan pada 15 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau imbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :