Pelajar SJK (T) Ladang Ebor bergambar selepas menerima bantuan makanan dan tunai daripada Universiti Terbuka Malaysia (OUM) sempena Deepavali, baru-baru ini. Foto ihsan OUM
AGENSISELANGOR

OUM sumbang makanan, tunai buat pelajar B40 sempena Deepavali

SHAH ALAM, 31 OKT: Seramai 24 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Ladang Ebor di sini menerima bantuan makanan dan duit raya daripada Universiti Terbuka Malaysia (OUM), baru-baru ini.

Menurut OUM, sumbangan bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) diberikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) sempena sambutan Deepavali yang bakal kunjung tiba.

“Sumbangan wang ringgit turut didermakan pada tabung sekolah. Pihak sekolah amat berbesar hati menerima sumbangan berkenaan sebagai CSR OUM, pusat pembelajaran Shah Alam.

“Sudah menjadi lumrah OUM dalam meraikan golongan tidak berkemampuan menjelang perayaan di Malaysia tanapa mengira kaum dan bangsa,” maklum universiti berkenaan dalam kenyataan.

Sumbangan disampaikan Timbalan Naib Canselor Prof Dr Santhi Raghavan dan pelajar.

 


Pengarang :