Antara cabaran dilalui pendaki Malaysia Everest 2023 yang meneruskan perjalanan pendakian ke Kem 1 dan Kem 2 sebelum kembali semula ke base camp pada 3 Mei 2023. Foto Facebook Malaysia Everest 2023
AGENDANASIONAL

Pegawai Kementerian Luar Negeri meninggal dunia ketika daki Everest Base Camp

PUTRAJAYA, 31 OKT: Seorang pegawai Kementerian Luar Negeri berusia 38 tahun meninggal dunia pada Isnin ketika melakukan aktiviti pendakian ke Everest Base Camp.

Mangsa dikenali sebagai Parthiban Kandasamy disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi (waktu tempatan) di Gorak Shep.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang menguruskan untuk membawa turun jasad mendiang dari Gorak Shep ke Kathmandu untuk dibedah siasat di Hospital Teaching, Kathmandu.

“Jasad akan dibawa pulang ke Malaysia selepas segala urusan bedah siasat dan dokumentasi selesai.

“Kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu akan membantu urusan membawa pulang jasad ke Malaysia,” kata kementerian.

Kementerian turut mengucapkan takziah kepada waris mendiang.

– BERNAMA


Pengarang :