Orang ramai membeli barangan keperluan asas di Jelajah Ehsan Rahmah peringkat DUN Lembah Jaya di Laman Niaga @ Ampang Waterfront pada 25 September 2023. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Peluang beli beras, telur, ayam murah di tiga lokasi esok

SHAH ALAM, 3 OKT: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan asas pada harga murah menerusi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di tiga lokasi esok mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Program diadakan di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Banting (Banting), Gerai Majlis Bandaraya Shah Alam di Padang Jawa Seksyen 17 (Batu Tiga) dan Padang Awam Batu Caves (Sungai Tua).

Selangor membelanjakan subsidi RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih lima juta rakyat.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini JER di seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau imbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :