PBTSELANGOR

Peluang rebut hadiah RM4,500 menerusi kejohanan bola sepak tujuh MPHS

SHAH ALAM, 10 OKT: Warga Selangor berpeluang membawa pulang hadiah keseluruhan RM4,500 menerusi Kejohanan Terbuka Bola Sepak Tujuh Sebelah anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) pada 11 November.

Bertempat di Padang Sekolah Sungai Selisek, kejohanan Piala Ahli MPHS Zon 1 yang dijadual bermula 8.30 pagi terhad kepada 32 pasukan.

Berdasarkan poster kejohanan di Facebook MPHS, juara bakal membawa pulang RM2,000 beserta piala, naib johan (RM1,200), ketiga (RM800) dan keempat (RM500) selain pemain terbaik kejohanan menerima wang tunai serta piala.

Pasukan yang berminat menyertai kejohanan boleh menghubungi 017-348 2308 (Ismet) atau 019-274 3230 (Baman) untuk membuat pendaftaran.


Pengarang :