Dato’ Seri Amirudin Shari (empat, kiri) mewakili Kerajaan Negeri manakala Pearl Holiday diwakili Pengarah Urusan Loo Kok Seong (empat, kanan) membuat pertukaran dokumen selepas menandatangani perjanjian hak pembangunan Menara tinjau Ampang Look Out Point’ (ALOP) dengan syarikat pelancongan Pearl Holiday Travel & Tour Sdn Bhd (Pearl Holiday) sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pembangunan semula menara tinjau Ampang semarak sektor pelancongan negeri

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Dato’ Menteri Besar menandatangani perjanjian hak pembangunan menara tinjau Ampang Look Out Point’ (ALOP) dengan syarikat pelancongan Pearl Holiday Travel & Tour Sdn Bhd (Pearl Holiday) hari ini.

Majlis pemeteraian berlangsung pada hari kedua Sidang Kemuncak Niaga Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim.

EXCO Pelancongan Ng Suee Lim memaklumkan perjanjian antara Dato’ Seri Amirudin Shari dengan Pengarah Urusan Pearl Holiday Loo Kok Seong merupakan antara inisiatif pentadbiran bagi mempromosi Tahun Melawat Selangor 2025.

“Usaha ini dapat menyemarakkan lagi industri negeri serta menjamin ekonomi lebih baik serta peluang pekerjaan,” katanya.

Pada Jun, bekas EXCO Pelancongan Hee Loy Sian menyerahkan hak pembangunan ALOP yang ditutup lebih 10 tahun lalu kepada Pearl Holiday sebagai pusat kecemerlangan hutan negeri.

Pusat pelancongan itu bakal dibuka 1 Julai tahun depan dan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk penyediaan rumah bermotor (karavan) dan glamping (khemah popular).


Pengarang :