Petugas Lembaga Zakat Selangor (LZS) ketika menyerahkan kunci rumah dan cek cura kepada salah satu keluarga Orang Asli di Semenyih pada 28 Disember 2020. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

Penerima bantuan sewa rumah LZS diminta kemas kini maklumat penyewaan

SHAH ALAM, 21 OKT: Penerima bantuan sewa rumah Lembaga Zakat Selangor (LZS) diminta segera mengemas kini maklumat penyewaan secara dalam talian sebelum 18 November ini.

LZS menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya telah menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada lebih 17,000 asnaf, fakir, miskin dan mualaf yang menerima bantuan itu sebelum ini.

“Penerima bantuan sewa rumah LZS disaran segera mengemas kini maklumat penyewaan secara dalam talian bagi membolehkan penyambungan bantuan tersebut pada tahun depan.

“Asnaf yang menerima SMS perlu mengikuti langkah yang dinyatakan bagi mengemas kini maklumat pemilik rumah sewa, kadar sewaan semasa dan kaedah pembayaran sewaan,” maklum LZS.

Sebagai panduan, individu berkenaan boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) menerusi portal rasmi melalui pautan https://sewa2024.carrd.co/ bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan, boleh hubungi talian Zakat Selangor 1300-88-4343, atau mengunjungi mana-mana cawangan LZS berhampiran atau mengemukakan maklum balas di portal rasmi LZS di [email protected].


Pengarang :