PBTSELANGOR

Perlumbaan kayak anjuran MBSA tawar hadiah utama RM1,000

SHAH ALAM, 9 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan hadiah utama wang tunai RM1,000 dalam pertandingan kayak sempena sambutan ulang tahun ke-23 bandar raya pada 29 Oktober ini.

Bertempat di Taman Tasik Shah Alam, Perlumbaan Kayak Terbuka MBSA mempertandingkan kategori beregu lelaki dan beregu wanita dengan yuran penyertaan RM20, manakala tarikh tutup pendaftaran pada 22 Oktober.

MBSA memaklumkan selain hadiah utama wang tunai RM1,000, pemenang kedua memperoleh RM700, ketiga (RM500), keempat (RM300), kelima (RM100) manakala hadiah keenam hingga kedudukan sepuluh RM50.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR pada poster tertera atau melalui pautan google form https://forms.gle/GubGMF2LoJ35NcKNA.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 013-635 9774 (Hafiz) atau 016-215 6479 (Zamri).


Pengarang :