PBTSELANGOR

Potongan kompaun terpilih hingga 75 peratus sempena Hari Mesra MBSA esok

Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL

SHAH ALAM, 22 OKT: Orang ramai berpeluang menikmati pengurangan kompaun parkir RM10 selain potongan 75 peratus bagi kompaun terpilih sempena Hari Mesra Majlis Bandaraya Shah Alam di i-City Central, esok.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan orang ramai turut berpeluang mengemukakan sebarang isu, aduan dan cadangan kepada MBSA pada acara yang dijadual bermula 11 pagi hingga 7 petang.

“Anda boleh mengemukakan isu, aduan dan cadangan kepada kami untuk tindakan penambahbaikan kualiti perkhidmatan selain 50 orang pengunjung terawal bakal menerima botol air secara percuma.

“Ayuh rebut peluang ini sebelum kempen tamat. Jumpa kami dilokasi,” katanya di Facebook.

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan kepada pengunjung antaranya termasuklah pameran dan penyampaian hadiah fotografi.


Pengarang :