Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan perkhidmatan van transit atas permintaan (Demand Responsive Transport-DRT) ketika merasmikan Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Projek rintis disambut baik, negeri hasrat peluas khidmat van transit

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Kerajaan Negeri berhasrat memperluas perkhidmatan van transit atas permintaan (Demand Responsive Transport-DRT) bagi memastikan lebih ramai penduduk mendapat manfaat.

Dato’ Menteri Besar berkata ia susulan inisiatif yang mula diperkenal tahun ini di Puchong, Gombak dan Ampang sebagai projek rintis mendapat maklum balas positif dalam kalangan penduduk.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis perasmian Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Lepas ini kita akan laksanakan mengikut permintaan dan diumumkan dalam belanjawan (2024).

“DRT ini beroperasi di luar laluan bas selain berperanan menghubungkan penduduk ke laluan bas,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika melancarkan DRT hari ini.

Pelancaran dibuat ketika beliau merasmikan Konvensyen Bandar Pintar Selangor dan Ekonomi Digital ke-8 sempena Sidang Kemuncak Niaga Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

DRT adalah mod pengangkutan yang fleksibel dan mempunyai kebolehcapaian tinggi dalam kalangan pengguna terutama di laluan sempit yang tidak boleh dilalui Bas Smart Selangor.

EXCO Pengangkutan Awam Ng Sze Han (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Badanbas Coach Sdn Bhd Ibrahim Aiman Mohd Nadzmi bergambar di hadapan van transit atas permintaan (DRT) Mobi di SS15 Subang Jaya pada 21 Jun 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM25 juta bagi memperkasa pengangkutan awam dengan RM22 juta diagih kepada 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk meneruskan pelaksanaan Bas Smart Selangor.

Baki RM3 juta pula diagih untuk Selangor Mobiliti Fasa Pertama merangkumi perkhidmatan van DRT untuk melengkapkan ekosistem pengangkutan awam negeri.


Pengarang :