EXCOSELANGOR

Pusat Khidmat Parlimen Kuala Selangor anjur saringan kesihatan percuma esok

SHAH ALAM, 6 OKT: Pusat Khidmat Parlimen Kuala Selangor mempelawa penduduk sekitar menyertai program saringan kesihatan di Dewan MDKS, Bandar Baru Kuala Selangor esok.

Ahli Parlimennya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan program Masyarakat Sihat menawarkan saringan penyakit tidak berjangkit dan saringan Covid-19 secara percuma.

“Pelbagai aktiviti menarik serta saringan percuma akan diadakan untuk orang ramai. Pameran dan aktiviti literasi kesihatan juga disediakan untuk tingkatkan kesedaran anda tentang kepentingan kesihatan,” katanya di Facebook.

 

Antara saringan kesihatan yang ditawarkan termasuklah saringan barah, ujian mengesan gejala strok awal, sesi kaunseling dan pendaftaran Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40).

Program dengan kerjasama Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) Universiti Teknologi Mara (UiTM) dijadual bermula 8.30 pagi hingga 2 petang.


Pengarang :