Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan projek naik taraf klinik daif di seluruh negara menerusi inisiatif Bitara Madani. Foto Facebook Bernama Radio
AGENDANASIONAL

RM150 juta bina lima klinik kesihatan, capai nisbah satu doktor 400 pesakit

SHAH ALAM, 13 OKT: Kerajaan bakal membina lima klinik kesihatan baharu membabitkan kos RM150 juta bagi capai nisbah seorang doktor kepada 400 pesakit.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata antara lokasi pembinaan pusat berkenaan di Rantau, Negeri Sembilan, Kuala Tahan (Pahang), Kuala Jengal (Terengganu) dan Pulau Mantanani (Sabah).

“Malaysia masih belum memenuhi nisbah seorang doktor kepada 400 pesakit. Ke arah itu, ketercapaian kemudahan kesihatan akan terus ditingkatkan bagi menyurai kesesakan.

“Tahun hadapan beberapa projek pembangunan baharu akan mula dilaksanakan antaranya bangunan tambahan untuk jabatan kecemasan dan trauma yang bakal dibina di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia Serdang, kompleks hospital pengajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Fasa 1 di Kota Tinggi, Johor dengan kos RM938 juta

“Kerja awalan bagi Pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2, Johor serta blok patologi tambahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan dengan kos RM175 juta. Kerajaan turut menyokong hasrat membangunkan sebuah Institut Kanser di Sarawak,” katanya ketika membentang Belanjawan 2024.


Pengarang :