Kakitangan PKPS memetik cili ketika Majlis pelancaran dan lawatan tapak IPR Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) @ PJ City Food Valley di Pangsapuri Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 21 Mac 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

RM400 juta jayakan program jaminan makanan, kurang kebergantungan import

SHAH ALAM, 13 OKT: Pelaksanaan program pengukuhan keterjaminan makanan bagi mengurangkan kebergantungan import dilaksana tahun depan melibatkan peruntukan RM400 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata RM50 juta dari jumlah itu diguna pakai untuk perolehan baja secara terbuka dan projek rintis bakal dijalankan di Selangor, Perak, Terengganu dan Pulau Pinang.

“RM150 juta untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam mengoptimumkan penggunaan tanah demi meningkatkan hasil tanaman dan ternakan manakala RM50 juta untuk membekalkan baja bio dan organik untuk meningkatkan kesuburan tanah.

“Tumpuan khusu ini untuk meningkatkan pengeluaran tanaman makanan tempatan yang masih bergantung dengan import luar,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024.

 


Pengarang :