EXCO Kemajuan Desa dan Luar Bandar Datuk Rizam Ismail ketika wawancara bersama Media Selangor di Saujana Hotel Kuala Lumpur, Shah Alam pada 3 Okt. 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Rumpun Selangor tonjolkan adat, tradisi masyarakat, bakal jelajah seluruh negeri

SUBANG JAYA, 4 OKT: Kerajaan Negeri bakal melancar program Rumpun Selangor bagi memperkenalkan adat serta tradisi yang ada di negeri ini.

EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail berkata program menerapkan elemen seni dan kebudayaan itu menjelajah semua daerah sekali gus menonjolkan keistimewaan setiap kawasan.

“Program seiring tema #KitaSelangor ini turut berkait dengan pembangunan desa dan luar bandar. Sekarang kita sedang rangka pelan supaya program berjalan lancar dan mencapai matlamatnya.

“Antara tradisi yang akan diketengahkan ialah permainan gasing, bola sepak bendang, kasut terompah dan sukan rakyat seperti panjat tiang licin,” katanya ketika sesi wawancara bersama Media Selangor semalam.

Wakil rakyat Sungai Air Tawar berkata Rumpun Selangor juga bakal menjadi platform untuk penduduk menghias dan mencantikkan kawasan kampung masing-masing.

“Menerusi program ini kita galakkan penduduk indahkan persekitaran dan landskap kediaman. Ini bukan hanya menceriakan kawasan tetapi membentuk kerjasama dan kesefakatan,” katanya.


Pengarang :