PBTSELANGOR

Semai benih bakau antara aktiviti menarik Pesta Sayap MPKS hujung minggu ini

SHAH ALAM, 19 OKT: Orang ramai dipelawa memeriahkan Pesta Sayap anjuran Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) di Taman Alam, Kuala Selangor hujung minggu ini.

Pesta yang dijadual bermula jam 8 pagi itu diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai burung migrasi, memulihara hutan paya bakau dan habitat tanah basah.

“Orang ramai terutama peminat aktiviti alam semula jadi dijemput untuk berkunjung ke pesta ini bagi melihat sendiri keunikan pelbagai jenis burung,” maklum MPKS.

Pengunjung digalakkan membawa teropong dan kamera untuk menyaksikan secara lebih dekat penghijrahan burung dari luar negara ke Kuala Selangor.

Selain itu, turut diadakan pelbagai acara menarik sepanjang dua hari pesta itu antaranya sesi penanaman pokok bakau, ‘mangrove clean up’, semaian benih bakau, pertandingan melukis, reruai pameran dan seminar.


Pengarang :