Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Ir Abas Abdullah (tiga kiri) bersama pihak media melawat tapak projek pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat pada 5 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Senggara loji, bekalan air pulih 64.6 peratus takat 6 petang

SHAH ALAM, 12 OKT: Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas susulan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat mencapai 64.6 peratus setakat 6 petang tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan wilayah Petaling menerima semula bekalan mencecah 89.2 peratus, Kuala Lumpur (43.1 peratus) dan Hulu Langat pulih sepenuhnya.

Air Selangor memaklumkan bekalan air bagi kawasan yang masih terjejas meliputi wilayah Petaling dan Kuala Lumpur dijangka pulih sepenuhnya 6 pagi esok.

“Air Selangor akan terus menggerakkan 81 lori tangki air secara aktif untuk 162 kawasan yang masih terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Di sebalik segala usaha kami untuk meminimakan impak disebabkan isu teknikal di lapangan yang tidak dapat dielakkan, tempoh pemulihan terpaksa dilanjutkan bagi memastikan bekalan air terawat yang bersih dan selamat dapat disalurkan kepada pengguna,” kata agensi itu menerusi Facebook.

Air Selangor turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami pengguna disebabkan kelewatan pemulihan penuh itu.

“Fokus kami kini adalah untuk memastikan proses pemulihan bekalan air berjalan dengan lancar,” katanya.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual menerusi aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor atau saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/.

Selasa lalu, Air Selangor melaksanakan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di LRA Sungai Langat dan mengakibatkan gangguan bekalan air berjadual di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat.

Senarai kawasan yang masih belum pulih adalah seperti berikut:


Pengarang :