Bacaan IPU di Shah Alam menunjukkan tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi pada 2 Oktober 2023. Foto laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS)
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Shah Alam, Klang antara kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat takat 9 pagi

SHAH ALAM, 2 OKT: Lima kawasan di Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi, hari ini.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU di Shah Alam, Petaling Jaya dan Banting adalah 157, Johan Setia (153) dan Klang (152).

Turut mencatat IPU tidak sihat ialah Putrajaya (156) dan dua kawasan di Kuala Lumpur iaitu Batu Muda (153) dan Cheras (164).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS,  https://apims.doe.gov.my/home.html untuk mengetahui tahap IPU terkini.

Mei lalu, pihak berkuasa cuaca dan iklim memberi amaran berlakunya jerebu lebih serius di rantau selatan Asean antara Jun dan Oktober tahun ini.

Amaran itu dibuat ketika musim kemarau diramal berlaku lebih teruk dan berpanjangan daripada biasa.


Pengarang :