Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sidang niaga Selangor catat RM2.9 bilion, capai sasaran hampir sekali ganda

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 merekodkan nilai transaksi pelaburan sebanyak RM2.9 bilion, hampir sekali ganda dari jangkaan RM1.5 bilion.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata lebih membanggakan, angka berkenaan dapat dicapai pada hari pertama penganjurannya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Semalam sahaja transaksi (potensi pelaburan) menerusi MoU (memorandum persefahaman) sudah lepas sasaran RM1.5 bilion. Dalam sehari dah capai sasaran.

Orang ramai melawat reruai pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Semalam kita capai RM2.9 bilion menerusi beberapa MoU melibatkan pelbagai pihak. Mereka akan ambil masa untuk uruskan perjanjian-perjanjian ini,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) hari ini.

Ketika perasmian semalam, Amirudin berkata pihaknya menyasarkan nilai transaksi pelaburan sebanyak RM1.5 bilion pada penganjuran edisi ketujuh ini.

Beliau berkata program bertaraf antarabangsa yang berlangsung hingga Ahad ini menyediakan hampir 1,050 reruai dengan jangkaan 50,000 pengunjung termasuk pelawat dari luar negara.

Dianjurkan sejak 2015, Amirudin menjelaskan sidang itu membuka potensi penerokaan bidang baharu termasuk inovasi dan teknologi selain menjamin masa depan generasi muda.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat reruai selepas merasmikan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :