Lukisan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di perkarangan Raudhah, Masjid Nabawi karya Pelukis Diraja Selangor Dato’ Azman Yusof yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office pada 6 Oktober 2023
AGENDANASIONAL

Sultan tertarik lukisan ketika tunai haji, berkenan pamer di Istana Alam Shah

SHAH ALAM, 6 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menzahirkan rasa sukacita dan sangat tertarik dengan lukisan terbaharu Pelukis Diraja Selangor Dato’ Azman Yusof.

Facebook Selangor Royal Office memaklumkan karya itu diinspirasi daripada gambar yang dirakam ketika Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berada di Madinah.

“Gambar itu diambil ketika Baginda dan Tengku Permaisuri Norashikin berada di Madinah, semasa dalam perjalanan menunaikan haji tahun ini.

“Ia dirakam di perkarangan Raudhah, Masjid Nabawi berdekatan makam Junjungan Besar Rasullullah S.A.W,” menurut hantaran itu.

Baginda turut berkenan mempamerkan lukisan berkenaan di Istana Alam Shah, Klang.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bergambar bersama lukisan Baginda berdua ketika menunaikan haji hasil karya Pelukis Diraja Selangor Dato’ Azman Yusof yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office pada 6 Oktober 2023

Pengarang :