Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli keperluan asas pada harga murah sempena Jualan Ehsan Rahmah Parlimen Kota Raja di Kampung Johan Setia, Klang pada 20 Julai 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Sungai Besar, Batu Tiga antara lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 20 OKT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan lagi ke tiga lokasi esok mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Program berlangsung di pekarangan Stadium Sungai Besar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang, Surau Bukit Kuda, Klang (DUN Batu Tiga) dan Dewan Kemuning Seksyen 25, Shah Alam (DUN Kota Kemuning).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

PKPS menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :