Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Selat Klang di Pangsapuri Seri Perantau, Klang pada 10 September 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Sungai Besar, Batu Tiga, Kota Kemuning lokasi jualan murah hari ini

SHAH ALAM, 21 OKT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menemui orang ramai di tiga lokasi hari ini dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Program berlangsung di pekarangan Stadium Sungai Besar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang; Surau Bukit Kuda, Klang (DUN Batu Tiga) dan Dewan Kemuning Seksyen 25, Shah Alam (DUN Kota Kemuning).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

PKPS menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :