PBTSELANGOR

Tanah runtuh: Kenderaan awam dilarang naik ke Bukit Jugra

SHAH ALAM, 16 OKT: Orang awam tidak dibenarkan memandu kenderaan naik ke Bukit Jugra, Kuala Langat berkuat kuasa hari ini susulan tanah runtuh di kawasan lereng bukit itu.

Majlis Perbandaran Kuala Langat memaklumkan tempoh penutupan masuk bagi kenderaan awam adalah selama dua bulan.

“Berkuat kuasa 16 Oktober. Kerja pembaikian dan penyelenggaraan sedang dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya, utamakan keselamatan,” maklumnya di Facebook.

Agensi itu turut mengingatkan pelawat yang melakukan aktiviti riadah di kawasan berkenaan supaya menjaga keselamatan dan elak menghampiri kawasan lereng bukit buat sementara waktu.

“Bagi aktiviti beriadah juga perlu diingatkan menjaga keselamatan dan jangan menghampiri kawasan lereng bukit buat sementara waktu,” katanya.

Bukit Jugra terkenal dengan aktiviti pendaratan luncur udara atau paragliding yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.


Pengarang :