DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin mengiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan menyempurnakan perasmian Ekspo Seni dan Kraf 2023 di sebuah pusat membeli-belah di Bukit Jalil pada 21 Oktober 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office
SELANGOR

Tengku Permaisuri berkenan hadiri ekspo kraftangan tempatan

SHAH ALAM, 24 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke Ekspo Seni dan Kraf 2023 di sebuah pusat membeli-belah di Bukit Jalil Sabtu lalu.

Tengku Permaisuri Hajah Norashikin mengiringi keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan menyempurnakan acara perasmian.

“Ekspo Seni dan Kraf 2023 yang bertemakan ‘The Tunku Azizah Handmade Market: A Home For Malaysian Crafters’ mempamerkan hasil seni dan kraftangan tempatan dari seluruh negara,” tulis Selangor Royal Office di Facebook.

Pameran itu mengetengahkan lebih 300 penggiat kraftangan tempatan yang terdiri daripada ahli kelab “A Home for Malaysia Crafter” yang menonjolkan hasil seni seperti tekstil, hasil rimba, hasil logam dan aneka kraf.


Pengarang :